Tuesday, November 23, 2010

heran #5: pegang samurai bukan saja untuk ninja sekarang.

kisah yang buat aku tergamam arini.
Artis luar negara bunuh mak sendiri dengan pedang samurai.




berfikir jauh aku.
berfikir adakah dia tidak berfikir?
seram sejuk juga membaca. mengejar mak sendiri dengan memegang pedang samurai.
gila. walaupun gila, tapi yang buat aku berfikir, berapa ramai orang begini ada di dunia. soalan paling penting, siapa? bukankah kes seperti ini, mangsa dibunuh orang yang rapat atau dipercayai. 


aduh, serius aku sedih. 
ingatlah, kita kena sentiasa sedia yang Tuhan akan cabut nyawa kita bila-bila. 
biar ada yang kata, ''esok masih ada''
cuma kita tidak tahu esok itu untuk siapa.


 sebarkan cinta kamu selalu


nota kaki : semasa cuba google gambar pedang samurai, banyak pula gambar cedera parah dibidas pedang samurai yang ada. buat aku rasa macam nak muntah.

lagu [Hanyut - Faizal Tahir] yang menghanyutkan aku


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu

Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu

Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti

Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


nota kaki : dari dulu lagi aku sukakan FT kerana dia pandai tulis.

Monday, November 22, 2010

Entri hari ni untuk kasihkan diri


semalam bermimpikan kisah sendiri. 
kadang-kadang berharap apa yang terjadi adalah mimpi. teringat kisah beberapa ketika dulu yang buat aku sentiasa marah. yang buat aku sentiasa sedih. yang buat aku kasihankan diri kerana diuji. tapi setiap kali aku diuji, antara kamu percaya atau tidak. aku akan menguatkan hati dengan inti pati dari entri insan ini.


aku suka baca tulisan dia.
ramai yang menyanjung. ramai juga yang mengeji. aku heran kenapa. ada juga benarnya jika tentang ketidaktentuannya. isu tudung mungkin? tapi aku tetap suka baca. apa yang dia tulis, buat aku fikir tentang aku. 


tiap kali aku lemah, aku teringat tulisan dia. betul. tentang hidup dia, sikit pun aku tak peduli. aku tahu dia bikin lagu, tapi aku lebih suka dia tulis. tulis lagi. aku perlu.


satu perkara, fynn.
boleh pinjamkan kekuatan untuk menulis supaya aku boleh marahkan orang yang selalu berkisahkan tentang aku? atau pinjamkan kata-kata tajam supaya aku boleh diamkan orang yang selalu berkisah tentang aku?


credit : fynn jamal


itulah sebabnya aku suka bersembunyi di sebalik ini. agar senang untuk aku bising dan diamkan orang. tidak akan ada gambar aku di sini. gambar di atas itu pula menggambarkan diri aku.
akan selalu berselebung hitam dan sembunyi.


Sunday, November 21, 2010

Heran #4: tenang bagaimana yang kamu mahu?

hari ini terasa sangat tension.entah kenapa sangat hingar di sini.
bising.
sehingga aku rasa aku mahu tenang.
aku mahu diam.


aku heran kenapa kamu suka bercerita tentang orang dengan orang lain.
aku bosan dengan orang yang menyebar-nyebar kisah orang lain.
tulah sebab aku tidak suka cerita tentang kisah aku. tentang aku, kamu sebenarnya tidak perlu tahu. 


mungkin tidak diterima akal jika aku kata aku mahu ke tempat yang jauh untuk dapatkan tenang yang aku mahu. tapi cukupkah sekadar, kalau aku berada di tempat aku, kau berada di tempat kau. tak susah kan?




dapat milo panas sambil berfikir kosong pun dapat buat aku tenang.


Thursday, November 18, 2010

Heran #3: Lelaki memang lembab untuk ambil hati perempuan ke?

berapa banyak perempuan dekat sini mempunyai kekasih yang sangat pandai ambil hati?
kalau diperhatikan, berapa saja lah lelaki dalam dunia ni pandai ambil hati. menyakitkan hati ada lah. dasar lembab ke? *oops*


tahukah kamu apa cara paling mudah untuk ambil hati perempuan?
*gelak*
serahkan saja 1 2 lagu untuk dia dengar. pasti. walau sampai bila pun, bila terdengar kembali lagu itu, pasti perempuan akan ingat balik. tak kira lah kenangan dengan lelaki itu indah atau hodoh.


tapi. tapi.
pastikan lah lagu itu sangat sedap untuk perempuan itu hayati.
cikgaru pun cair!
walaupun lagu sedap, tapi liriknya kadang-kadang tidak masuk akal. kasi lah satu lagu yang universal dan sesuai untuk perempuan. yang penting, baca dulu liriknya.


Heran #2: Kenapa mesti jadi yang kedua?

memang benar apa yang sesetengah pihak kata.
POLIGAMI itu tidak salah.
aku jugak tidak pernah ada masalah tentang perkara itu. oh, mungkin aku tidak pernah rasa bagaimana menjadi perempuan yang dicuri suaminya, atau menjadi perempuan yang mencuri suami orang.  kamu pernah dengar kan? orang-orang sekeliling memarahi dan memaki perempuan kedua itu atas dasar kasihan atau cuba membela perempuan pertama. benar kan?


mungkin yang mempertahankan perempuan kedua, hanya keluarganya? atau kekasih gelapnya itu?
entah. aku sendiri hairan. mengapa sukar sesuatu perhubungan itu dihalalkan atau direstukan aja?


biarkan aja kalau mereka saling cinta. biarkan saja jika mereka saling ingin bersama. apa salahnya? cinta itu kan kuat. tidak mampu kita tahannya. peduli apa orang mahu memaki. pedulikan saja. mereka tidak di tempat yang sama. 





bagi aku, jika aku di tempat yang pertama, aku restui saja kalau diduakan. minta saja izin. cuma jangan dibelakangkan.


bagi aku, jika aku di tempat yang kedua, jangan cuba halang aku. cuba saja halang takdir.


chop.chop.
janganlah fikir aku akan rampas suami orang.
aku masih muda.
aku cuma hairan kenapa ada perempuan tidak terima POLIGAMI.

kalau korang,
mahu jadi yang kedua?
aku?


tidak kisah.
bergantung kepada lelaki itu berguna atau tidak.

Reflection

maaf.
sukar benar untuk menulis.




pernah kamu lihat di cermin, dan merasai di hadapan itu bukan diri kamu.
memerhatikan setiap inci parut dan hiasan di kulit kamu.
pandangan yang terpaku antara dua pasang mata.
melihat keagungan DIA dalam mencipta kamu.
indah. cukup indah untuk dinyatakan.
sepatutnya kamu bersyukur atas apa yang diberikan.


tapi kenapa masih cuba untuk mempersoalkan.
kamu tidak layak.
setiap apa yang tertulis, benar-benar untuk kamu.
jangan.
jangan persoalkan.


aku kata, jangan.

Thursday, November 11, 2010

Heran #1: Kenapa kau followed blog orang?



pertama, percayalah.
kalau blog itu kepunyaan anak gadis yang mata besar, pakai bulu mata palsu,
sambil muncung mulut dan ber'pose' ala comey, pasti banyak follower.


macam mana dengan blog yang anak gadis yang berselubung hitam ni?
takut?


bukankah patut follow blog semata kerana tulisannya?
cara pembawaan blog yang menarik.
berinformasi yang ringkas serta tepat.
tanpa mengira tajuk apa sekali pun.


ha, jadi.
korang nak jadi follower aku tak?

oh, takder dah yang kedua.

Wednesday, November 10, 2010

Pembuka kata

bismillahhirrahmannirrahim...

aku selalu baca blog orang.
sekarang aku nak korang pulak baca blog aku.

harap apa yang aku tulis, ada faedahnya.
mungkin ada banyak benda yang aku herankan,
yang aku mahu korang jawabkan bagi pihak aku.


dah.
nak pergi cari ilham menulis.

oh, ya.
nama aku cikgarukepala.
sila panggil cikgaru.
nak panggil cikkepala pun, hmmm..boleh lah.