Tuesday, November 23, 2010

heran #5: pegang samurai bukan saja untuk ninja sekarang.

kisah yang buat aku tergamam arini.
Artis luar negara bunuh mak sendiri dengan pedang samurai.




berfikir jauh aku.
berfikir adakah dia tidak berfikir?
seram sejuk juga membaca. mengejar mak sendiri dengan memegang pedang samurai.
gila. walaupun gila, tapi yang buat aku berfikir, berapa ramai orang begini ada di dunia. soalan paling penting, siapa? bukankah kes seperti ini, mangsa dibunuh orang yang rapat atau dipercayai. 


aduh, serius aku sedih. 
ingatlah, kita kena sentiasa sedia yang Tuhan akan cabut nyawa kita bila-bila. 
biar ada yang kata, ''esok masih ada''
cuma kita tidak tahu esok itu untuk siapa.


 sebarkan cinta kamu selalu


nota kaki : semasa cuba google gambar pedang samurai, banyak pula gambar cedera parah dibidas pedang samurai yang ada. buat aku rasa macam nak muntah.

lagu [Hanyut - Faizal Tahir] yang menghanyutkan aku


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu

Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu

Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti

Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


nota kaki : dari dulu lagi aku sukakan FT kerana dia pandai tulis.

Monday, November 22, 2010

Entri hari ni untuk kasihkan diri


semalam bermimpikan kisah sendiri. 
kadang-kadang berharap apa yang terjadi adalah mimpi. teringat kisah beberapa ketika dulu yang buat aku sentiasa marah. yang buat aku sentiasa sedih. yang buat aku kasihankan diri kerana diuji. tapi setiap kali aku diuji, antara kamu percaya atau tidak. aku akan menguatkan hati dengan inti pati dari entri insan ini.


aku suka baca tulisan dia.
ramai yang menyanjung. ramai juga yang mengeji. aku heran kenapa. ada juga benarnya jika tentang ketidaktentuannya. isu tudung mungkin? tapi aku tetap suka baca. apa yang dia tulis, buat aku fikir tentang aku. 


tiap kali aku lemah, aku teringat tulisan dia. betul. tentang hidup dia, sikit pun aku tak peduli. aku tahu dia bikin lagu, tapi aku lebih suka dia tulis. tulis lagi. aku perlu.


satu perkara, fynn.
boleh pinjamkan kekuatan untuk menulis supaya aku boleh marahkan orang yang selalu berkisahkan tentang aku? atau pinjamkan kata-kata tajam supaya aku boleh diamkan orang yang selalu berkisah tentang aku?


credit : fynn jamal


itulah sebabnya aku suka bersembunyi di sebalik ini. agar senang untuk aku bising dan diamkan orang. tidak akan ada gambar aku di sini. gambar di atas itu pula menggambarkan diri aku.
akan selalu berselebung hitam dan sembunyi.